Sunday, 20 Apr 2014

Pautan

PKMM Malaysia Pejabat Pembangunan Negeri Johor
CIDB Malaysia

Jabatan Pengairan dan Saliran
Kerajaan Johor

Pelawat

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini20
mod_vvisit_counterSemalam99
mod_vvisit_counterMinggu Ini20
mod_vvisit_counterMinggu Lepas1103
mod_vvisit_counterBulan Ini11283
mod_vvisit_counterBulan Lepas5071
mod_vvisit_counterKeseluruhan Hari360228

Laman Web ini dikunjungi oleh: 1 guests, 1 bots online
Your IP: 50.19.144.243
 , 
Today: Apr 21, 2014
BERITA PDF Print E-mail
Tuesday, 05 October 2010 09:11

Himpunan Data Kos Pembinaan Di Malaysia

Muat Turun Data-Data Kos Pembinaan Di Malaysia

Perkembangan industri pembinaan jelas dilihat melalui aktiviti-aktiviti pembinaan yang sedang rancak dilaksanakan di seluruh negara.
Terdapat beberapa pihak yang terlibat secara langsung dengan industri pembinaan. Di antaranya ialah klien, perunding, kontraktor, pembekal dan pihak berkuasa tempatan. Pihak yang paling berisiko ialah pihak kontraktor. Kebanyakan projek pembinaan amat bergantung kepada kontraktor yang terlibat. Walaupun kontraktor merupakan pihak yang terpenting, namun kontraktor juga yang menjadi punca sesuatu projek itu bermasalah.

Penglibatan kontraktor amat penting dalam sesuatu projek pembinaan. Kejayaan sesuatu projek pembinaan bergantung kepada kecekapan kontraktor menguruskan segala aspek kerja-kerja pembinaan. Kebanyakan masalah yang dihadapi oleh kontraktor berpunca daripada pengurusan projek yang lemah. Aspek pengurusan yang terlibat ialah pengurusan sumber bahan, buruh, masa, kos dan jentera.

Namun demikian aspek kos adalah paling utama sebelum suatu projek diterima kerana pelbagai kos di dalam skop kontrak perlu dinilai dengan cekap untuk memperolehi tender atau kontrak tanpa mendatangkan kerugian pada syarikat.

Berikut disenaraikan data kos pembinaan di Malaysia untuk rujukan semua.

Jadual Kadar Harga Bagi Kerja-kerja Pukal (Semenanjung Malaysia)

Jadual Kadar Harga Bagi Kerja-kerja Pukal (Semenanjung Malaysia)

Kegunaan Bagi Kawasan Semenanjung Malaysia Sahaja

Jadual Kadar Harga Bagi Kerja-Kerja Pukal merupakan sebahagian daripada dokumen bagi kontrak yang berasaskan lukisan dan Spesifikasi untuk digunakan sebagai asas dalam penilaian perubahan kerja.

JKH ini dikemaskini 2 tahun sekali oleh Unit Kos, CKUB berasaskan harga pasaran semasa bahan-bahan binaan, upah buruh dan sewa loji/jentera.

Ia disusun mengikut senarai ketukangan kerja iaitu: Piling, Excavation, Concretor, Bricklayer, Drainlayer, Roofer, Carpenter and Joiner, Ironmongery, Steel and Ironworker, Pavior, Plasterer and Tile Fixer, Plumber, Glazier, Painter and Road, Culvert, Fencing and Turfing.

Muat Turun Disini

Jadual Kadar Harga Bagi Kerja-kerja Pukal 2007(Free)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Jadual Kadar Harga Bagi Kerja-kerja Pukal 2009(Free)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Jadual Kadar Harga Bagi Kerja-kerja Pukal 2011(RM10.00) TERBARU!!!
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Jadual Kadar Harga Bagi Kerja-kerja Pukal (Sarawak)

Jadual Kadar Harga Bagi Kerja-kerja Pukal (Sarawak)

Kegunaan Bagi Kawasan Sarawak Sahaja

Jadual Kadar Harga Bagi Kerja-Kerja Pukal merupakan sebahagian daripada dokumen bagi kontrak yang berasaskan lukisan dan Spesifikasi untuk digunakan sebagai asas dalam penilaian perubahan kerja.

JKH ini dikemaskini 2 tahun sekali oleh Unit Kos, dan diterbitkan kepada 4 bahagian utama iaitu:-

1). Jadual Kadar Harga Untuk Kerja-Kerja Bangunan
2). Jadual Kadar Harga Untuk Kerja-Kerja Civil
3). Jadual Kadar Harga Untuk Kerja-Kerja Perpaipan
4). Jadual Kadar Harga Untuk Kerja-Kerja Elektrik

Muat Turun Disini

Jadual Kadar Harga Bagi Kerja-kerja Pukal 2006(Free)

Jadual Kadar Harga Untuk Kerja-Kerja Bangunan
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Jadual Kadar Harga Untuk Kerja-Kerja Civil
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Jadual Kadar Harga Untuk Kerja-Kerja Perpaipan
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Jadual Kadar Harga Untuk Kerja-Kerja Elektrik
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Jadual Kadar Harga Bagi Kerja-kerja Pukal 2008(Free)

Jadual Kadar Harga Untuk Kerja-Kerja Bangunan
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Jadual Kadar Harga Untuk Kerja-Kerja Civil
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Jadual Kadar Harga Untuk Kerja-Kerja Perpaipan
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Jadual Kadar Harga Untuk Kerja-Kerja Elektrik
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Jadual Kadar Harga Bagi Kerja-kerja Pukal 2010(RM10.00/no) TERBARU!!!

Jadual Kadar Harga Untuk Kerja-Kerja Bangunan (RM10.00)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Jadual Kadar Harga Untuk Kerja-Kerja Civil (RM10.00)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Jadual Kadar Harga Untuk Kerja-Kerja Perpaipan (RM10.00)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Jadual Kadar Harga Untuk Kerja-Kerja Elektrik (RM10.00)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Jadual Kadar Harga Elektrikal

Jadual Kadar Harga Elektrikal (Semenanjung Malaysia)

Kegunaan Untuk Semenanjung Malaysia Sahaja

Kadar-kadar harga di dalam Jadual Kadar Harga untuk Penyenggaraan Elektrik dan Kerja-kerja Kecil Elektrik ini hendaklah digunakan untuk perkiraan kos bagi kerja-kerja elektrik yang dijalankan secara undi dan segera/kecemasan. Ia tidak sekali-kali boleh digunakan untuk mengira harga bagi kerja-kerja Pindaan di dalam mana-mana Sebutharga atau Kontrak yang berdasarkan Senarai Kuantiti atau Pelan dan Spesifikasi.

Kadar-kadar harga ini adalah digunakan untuk kerja-kerja elektrik di kawasan Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur dan adalah tertakluk kepada tambahan Peratusan, sekiranya kerja-kerja dijalankan di kawasan lain di Semenanjung Malaysia.

Muat Turun Disini

Jadual Kadar Harga Elektrikal 2006 (Free)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Jadual Kadar Harga Elektrikal 2011 (RM20.00) TERBARU!!!
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Buku Kos Purata Semeter Persegi Kerja-kerja Pembinaan Bangunan

Buku Kos Purata Semeter Persegi Kerja-kerja Pembinaan Bangunan

Tujuan buku ini dikeluarkan adalah untuk memberikan maklumat berkenaan dengan kos bagi pembinaan sesuatu projek bangunan kerajaan yang menggunakan pelan piawai. Maklumat- maklumat ini adalah berdasarkan ke pada data-data Cabutan Butir-butir Yang Ditawarkan (ATDA). Maklumat kos ini boleh digunakan untuk membantu di dalam membuat anggaran sesuatu projek.

Umumnya kajian yang telah dibuat ke atas data-data yang diterima adalah bagi tempoh setiap enam (6) bulan. Maklumat yang terdapat di dalam buku panduan ini adalah bagi tempoh tertentu. Walaubabahagian-bahagian tertentu, maklumat yang dikumpulkan dari tahun 1980 atau tahun 1981 turut diberikan.

Dari keluaran 2/2005 dan yang seterusnya, data-data yang dicetak adalah bagi projek yang dilaksanakan daripada tahun 1990 sehingga sekarang. Walau bagaimanapun data-data lama (dari tahun 1980 -1989) masih digunapakai untuk pengiraan Angkatunjuk Harga Tender Binaan Peratusan Purata Kerja Pakar Dalam Bangunan dan Peratusan Purata Kerja Luar Bangunan

Buku panduan ini dibahagikan kepada (5) bahagian utama iaitu:
1). Angkatunjuk Harga Tender Binaan Bangunan dan Faktor Lokaliti.
2). Peratusan Purata Kerja Pendahuluan.
3). Kos Purata Kerja Utama Bangunan di dalam bentuk Semeter Persegi.
4). Peratusan Purata Kerja Pakar Dalam Bangunan.
5). Peratusan Purata Kerja Luar Bangunan.

Muat Turun Disini

Buku Kos Purata Semeter Persegi Kerja-kerja Pembinaan Bangunan 2008 (Free)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Buku Kos Purata Semeter Persegi Kerja-kerja Pembinaan Bangunan 2009 (Free)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Buku Kos Purata Semeter Persegi Kerja-kerja Pembinaan Bangunan 2010 (RM10.00) TERBARU!!!
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Jadual Kadar Harga Kerja-Kerja Kecil & Pembaikan

Jadual Kadar Harga Kerja-Kerja Kecil & Pembaikan

Jadual Kadar Harga Kerja-kerja Kecil dan Memperbaiki dikemaskini setiap dua tahun sekali . Jadual Kadar Harga ini digunakan untuk perkiraan kos bagi kerja-kerja yang dijalankan secara undi dan tidak sekali-kali boleh digunakan untuk mengira harga bagi kerja-kerja perubahan (VO) di dalam mana-mana kontrak yang berasaskan senarai kuantiti atau pelan dan spesifikasi.

Kerja-kerja undi yang dimaksudkan di sini ialah kerja-kerja memperbaiki bangunan, jalan, longkang, membersihkan kawasan dan lain-lain kerja pembaikan yang tidak mengubah struktur asal yang nilainya tidak melebihi RM100,000. Jadual Kadar Harga ini disusun mengikut senarai ketukangan kerja berkaitan dengan pembaikan dan pengubahsuaian.

Muat Turun Disini

Jadual Kadar Harga Kerja-Kerja Kecil & Pembaikan 2008
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Jadual Kadar Harga Kerja-Kerja Kecil & Pembaikan 2011 (RM20.00) TERBARU!!!
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Jadual Kadar Harga Purata Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS)

Jadual Kadar Harga Purata Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS)

Tujuan buku ini dikeluarkan adalah untuk memberikan maklumat berkenaan dengan kos bagi melaksanakan kerja-kerja Jabatan
Pengairan dan Saliran. Maklumat-maklumat kos ini boleh digunakan sebagi panduan untuk menyediakan anggaran kos, membuat
pelarasan kadar-kadar harga atau untuk tujuan perundingan kadar harga.

Maklumat-maklumat yang terkandung di dalam buku ini adalah berdasarkan kepada dokumen-dokumen kontrak bagi kerja-kerja
Jabatan Pengairan dan Saliran yang pada amnya adalah terdiri dari:

i) Kerja-kerja Pengairan
ii) Kerja-kerja Saliran dan Tebatan Banjir
iii) Kerja-kerja Kejuruteraan Pantai
iv) Kerja-kerja Kejuruteraan Sungai

Maklumat-maklumat ini disusun dalam empat (4) bahagian utama iaitu;

i) Kos Kerja-kerja Am (General Items)
ii) Kos Item-item Kerja
iii) Kos Upah Buruh
iv) Kos Sewa Loji & Peralatan

Muat Turun Disini

Jadual Kadar Harga Purata JPS 2001
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Jadual Kadar Harga Purata JPS 2010 (RM10.00) TERBARU!!!
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Buku Panduan Pentadbiran Kontrak Kerja Raya 2010

Buku Panduan Pentadbiran Kontrak Kerja Raya 2010

Buku Panduan ini bertujuan memberi penerangan dan penjelasan mengenai tatacara perolehan dan pentadbiran kontrak bagi melaksanakan projek-projek kerajaan.Ia juga boleh digunakan sebagai panduan oleh agensi lain termasuk Kerajaan Negeri dan Badan Berkanun.

Buku ini mengandungi prosedur pengurusan perolehan dan pentadbiran kontrak bagi pembinaan kerja secara konvensional berdasarkan Borang Syarat-syarat Kontrak P.W.D. 203/203A (Rev. 2007).

Muat Turun Disini

BUKU PANDUAN PENTADBIRAN KONTRAK KERJA RAYA 2010
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

 

 

 

Ahli-ahli PKMM Negeri Johor adalah di galakkan untuk mendaftarkan Senarai Pemilikan Peralatan dan Mesin-Mesin Pembinaan yang di miliki. Maklumat akan membantu ahli-ahli yang ingin menyewa peralatan dan mesin-mesin Pembinaan, tatkala di perlukan. Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Ketua Biro Bahan Binaan, Hj Abd Lah Awang (019 777 0435) atau Pejabat PKMM Negeri Johor.

 

Jadual Kadar Harga Pembinaan Di Malaysia

Jadual Kadar Harga 2011

Menyenaraikan Maklumat harga dan kontrak yang terkini bagi rujukan semua. Sektor pembinaan memainkan peranan yang penting dalam ekonomi negara. Sebelum pembinaan ini dijalankan banyak proses penghargaan kerja perlu dilakukan untuk bersaing dalam proses tender mahupun dalam menghargakan kerja-kerja kecil agar kerja yang akan dilakukan akan mendapat keuntungan.

Kesalahan dalam proses penghargaan ini akan mengakibatkan kerugian yang perlu dielakkan oleh setiap kontraktor

Data Kos Pembinaan

Sektor pembinaan memerlukan bahan bina untuk menjalankan aktiviti-aktiviti pembinaan bermula dari asas bangunan sehingga kerja-kerja bumbung, semuanya melibatkan bahan bina.

Harga bahan bina sentiasa berubah dari tahun ke tahun, malah ada yang berubah lebih pendek masanya misalnya dari minggu ke minggu. Namun perubahan harga ini bukanlah persoalannya tetapi cara asas penggiraan harga sesuatu kerja perlulah diutamakan agar selari dengan perubahan tersebut.

Disini disenaraikan rujukan kos juga kontrak yang terkini untuk rujukan semua.

JKHK2011

JADUAL KADAR HARGA KERJA-KERJA KECIL & PEMBAIKAN

Jadual Kadar Harga Kerja-Kerja Kecil & Pembaikan 2011

Jadual Kadar Harga Kerja-kerja Kecil dan Memperbaiki dikemaskini setiap dua tahun sekali . Jadual Kadar Harga ini digunakan untuk perkiraan kos bagi kerja-kerja yang dijalankan secara undi dan tidak sekali-kali boleh digunakan untuk mengira harga bagi kerja-kerja perubahan (VO) di dalam mana-mana kontrak yang berasaskan senarai kuantiti atau pelan dan spesifikasi.

Kerja-kerja undi yang dimaksudkan di sini ialah kerja-kerja memperbaiki bangunan, jalan, longkang, membersihkan kawasan dan lain-lain kerja pembaikan yang tidak mengubah struktur asal yang nilainya tidak melebihi RM100,000. Jadual Kadar Harga ini disusun mengikut senarai ketukangan kerja berkaitan dengan pembaikan dan pengubahsuaian.

JKHE2011

JADUAL KADAR HARGA ELEKTRIK 2011

Jadual Kadar Harga Elektrik 2011

Kadar-kadar harga di dalam Jadual Kadar Harga untuk Penyenggaraan Elektrik dan Kerja-kerja Kecil Elektrik ini hendaklah digunakan untuk perkiraan kos bagi kerja-kerja elektrik yang dijalankan secara undi dan segera/kecemasan. Ia tidak sekali-kali boleh digunakan untuk mengira harga bagi kerja-kerja Pindaan di dalam mana-mana Sebutharga atau Kontrak yang berdasarkan Senarai Kuantiti atau Pelan dan Spesifikasi.

BPPK2010

BUKU PANDUAN PENTADBIRAN KONTRAK KERJA RAYA 2010

BUKU PANDUAN PENTADBIRAN KONTRAK KERJA RAYA 2010

Buku Panduan ini bertujuan memberi penerangan dan penjelasan mengenai tatacara perolehan dan pentadbiran kontrak bagi melaksanakan projek-projek kerajaan.Ia juga boleh digunakan sebagai panduan oleh agensi lain termasuk Kerajaan Negeri dan Badan Berkanun.

Buku ini mengandungi prosedur pengurusan perolehan dan pentadbiran kontrak bagi pembinaan kerja secara konvensional berdasarkan Borang Syarat-syarat Kontrak P.W.D. 203/203A (Rev. 2007).
Ia dijual kepada orang awam di Unit Tawaran Pusat, Cawangan Pengurusan Perolehan dan Harta, Tingkat Bawah Blok A, Kementerian Kerja Raya, Jalan Sultan Salahuddin, 50582 Kuala Lumpur.
Last Updated on Thursday, 15 December 2011 09:40